muchu

Sunday, September 06, 2009

Andainya Aku Bersuara

Akulah sebatang kara
Dan tiada tempat bercerita
Segalanya ku diamkan saja
Maka hati pun mulalah berkata-kata

Andainya ku bersuara
Tak bererti aku melindungi
Dan mencari kelemahan diri
Bukan juga untuk ku mengharapkan simpati

Di manakah letaknya diri ku ini
Sehingga ku rasa sungguh asing sekali
Hilang sudah rindu dan kasih sayang
Segalanya bagai baru saja bermula

Yang putih pada mu sama
Kau keliru tak dapat bezakan
Pada zahir sama yang dilihat
Begitulah aku cuba mengibaratkan

Di manakah letaknya diri ku ini
Sehingga ku rasa sungguh asing sekali
Hilang sudah rindu dan kasih sayang
Segalanya bagai baru saja bermula

( interlude )
Ku cari rindu
Entah bila rindu kembali menjelma

Di manakah letaknya diri ku ini
Sehingga ku rasa sungguh asing sekali
Hilang sudah rindu dan kasih sayang
Segalanya bagai baru saja bermula

( interlude )
Ku pujuk hati
Tak usah sayu
Biarkanlah semuanya berlalu

Wednesday, July 29, 2009

Alleycats

Andainya Aku Pergi Dulu

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestilah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestilah aku kecewa

Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Sumbangan Ija's Collection

Thursday, July 16, 2009

Alleycats
Gerimis Senja
Ku terpegun di jendela bila hujan gerimis senja
Tak ku lihat di hadapan ku diri ku dalam lamunan
Tiada lain yang ku bayangkan hanyalah peristiwa itu
Dosa-dosa yang ku lakukan tetap mengganggu batin
Tanya pada diri apakah ini semua cobaan belaka
Kesal ku tak berakhir menduga keyakinan ku kepadanya
Batin ku menjerit namun tiada suara
Aku cuba menyatukan semua harapan yang berkecai
Tuhan ku bimbingkanlah diri ku agar sedih ku hilang
Gerimis sungguh mencengkam tiada dapat ku tahan lagi
Sungguh-sungguh tak ku menduka hingga jadi begini

Sunday, July 12, 2009

Ku Mohon
Sheila Majid

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu
Korus
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku
Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Thursday, June 25, 2009

Kita Kena Educate Diri Tentang Virus Selsema Babi
Aku salah seorang daripada orang yg dikuarantinkan akibat suspected Virus Selsema Babi.Aku rasa dalam tempoh dari jam 1200tgh hingga 1135 mlm pada 24 Jun 2009 adalah merupakan keadaan yg rase betul2 tersisih dan menakotkan.Walaupun adik aku menyakinkan aku bebas tapi masih jua ada perasaan was-was terhadap tahap kesihatan diri.Sebenarnya masa kuarantin itu tak de lansung bekalan makanan di rumah.Yang ada hanya Beras..ape bole dibuat,nak masak bubur?nak jadikan nasi?nak buat nasi impit?nak jadikan ape2 masakan yg aku teror masak @ semua bole asalkan ade perencah yg len2..tapi bekalan itu tak de..seksanya..aku sedih ada rakan2 terdekat sini tak de yg tanye mcam mane makan aku during kaurantin ni atau saudara terdekat menghantar makanan atau ibu bapa yg tanyakan status diri..hm,baru aku sedar tentang keadaan diri ini..Aku tak salahkan dorg..mungkin dorg takutkan aku sampai tak lalu depan umah seperti biasa..mungkin ingat aku boleh survive sbb selama ini aku bole survive sorg2 idop kat sini..atau mungkin marah sbb tak dengar cakap mereka..aku tak peduli ..
Sepanjang tempoh kuarantin..aku banyak sedar tentang kepentingan kita jg kesihatan..pada diri n tanggapan kita terhadap pesakit Virus Slesema Babi ini.Aku rasa mungkin keadaan aku sama seperti mereka yg pernah dikuarantinkan sama ada menghidap atau tidak..masyarakat kita masih kurang pengetahuan terhadap penyakit ini..mereka masih takut2 terhadap aku n memberi kata2 sinis walaupun aku bebas daripada virus ini..
Kementerian Kesihatan n Kementerian kebudayaan, penerangan n wat everla kementerian ape2 pun, ambil a tindakan...educate a org2 yg kurang pemikiran terhadap penyakit ni...arini ramai a yg menanyakan hal aku..walaupun aku menjawab dgn bek tapi jawapan aku penuh sinis..geram dengan mereka walhal mereka sudah banyak informasi tentang virus nie tapi kurang nak ambil peduli hal ini..Ade yg ghairah sgt tentang hal ini tapi ghirah sampai ketakutan melampau..Namun,mungkin mereka takut name virus itu..sensitif..VIRUS SELSEMA BABI... comeykan color pink?